Tanda-tanda Sihir, Saka, Santau, Kerasukan dan Histeria

Gambar Hiasan
Tanda-tanda ini berlaku ketika anda tidur @ jaga:

  • Sakit belakang tanpa sebab
  • Seringkali dihimpit setiap kali tidur berseorangan.
  • Perasaan takut pada masa-masa tertentu terutamanya pada waktu malam bermula selepas maghrib sehingga tengah malam. Sesetengah pesakit mula merasa sejuk pada kedua-dua tangan dan kaki setiap kali waktu malam.
  • Sakit kepala @ migrain yg luar biasa dan berterusan tanpa sebab klinikal
  • Loya & sebu perut tanpa sebab (muntah2/ muntah darah/ batuk darah)
  • Sukar tidur malam. Sebahagian pesakit tidak merasa mengantuk, sebagian pesakit meras mengantuk bersangatan namun tidak mampu tidur. Terdapat juga pesakit yang tertidur tetapi tidak dapat melelapkan mata disebabkan seringkali dikejutkan dengan mimpi-mimpi yang menakutkan. Malah sesetengah pesakit tidak dapat tidur disebabkan terasa diri dikejutkan seseorang sedangkan perkara tersebut tidak berlaku.
  • Sakit di bahagian tulang rusuk kiri @ kanan @ ulu hati
  • Sakit di bahagian tulang punggung tanpa sebab
  • Sakit di bahagian perut tanpa sebab (angin)
  • Istihadah (darah keluar melebihi 15 hari)
  • Terasa sesuatu yang mengekori diri
  • Bermimpi orang yang telah meninggal dunia atau bermimpi seolah-olah diri akan mati/berada dalam kubur.
  • Malas utk melakukan ibadah kepada ALLAH
  • Takut menziarahi jenazah/ melihat orang mati
  • Sering sesak nafas terutama menjelang waktu maghrib & tgh malam
  • Dada berdebar/ resah gelisah
  • Timbul rasa takut tanpa sebab (lemah semangat)
  • Nampak bayangan yang menakutkan/  menyeramkan
  • Sering pengsan tanpa sebab
  • Terdengar bisikan yg meminta melakukan sesuatu yang dilarang oleh ALLAH spt (aktiviti syirik dsb)
  • Bermimpi mendapat amalan tertentu dari sumber yang tidak dapat dipastikan
  • Bermimpi menyusukan bayi/anak kecil
  • Sering mimpi yang menakutkan spt ular hitam, anjing hitam, binatang2 berbisa/ganas spt harimau, buaya dsb (biasanya haiwan-haiwan ini berwarna gelap/hitam.)
  • Mimpi terjatuh dari tempat yang tinggi
  • Mimpi ke tempat kotor, sunyi spt tandas
  • Terdengar suara yang datang menyergah ketika tidur
  • Terasa sesuatu menyentap kaki ketika tidur
  • Tanda lebam di tubuh tanpa sebab
  • Bayi tidak berhenti menangis tanpa sebab
  • Jantung sentiasa berdebar-debar tanpa sebab
  • Merasa benci kepada suami atau isteri serta merasa marah bersangatan tanpa sebab atau disebabkan  perkara yang kecil.
  • Melihat wajah suami atau wajah isteri seolah-olah hodoh.
  • Tiada bernafsu setiap kali ingin bersama isteri atau suami.
  • Seringkali terhidu bau wangi atau busuk.
  • Terdapat bonjolan yang menyakitkan dan kadangkala bonjolan ini berubah dari satu tempat ke tempat yang lain.

Kesan-kesan jangka panjang:
  • Boleh membawa maut jika sampai ajal
  • Gila, bingung, berkelakuan seperti orang bodoh
  • Keluarga berpecah belah, rumah tangga tidak aman
  • Sakit berpanjangan, pakar perubatan @ doktor tidak dapat mengenal pasti penyakit berkenaan
  • Hilang pangkat, kerjaya dan harta benda
  • Perniagaan merosot dan tidak maju